May 02, 2013

lelaki monopoli



Cukup marah betul kalau sebut je MONOPOLI. Kalau sebut monopoli je mesti dikaitkan dengan lelaki yang berkehendak kawin lebih dari satu.

Tak cukup ke isteri yang satu?
Tak cukup ke isteri yang setia dari muda sampai tua?
Tak cukup ke isteri yang dari dulu jaga makan minum?
Tak cukup ke isteri yang dari dulu jaga pakai sekeluarga?
Tak cukup ke isteri yang dari dulu tak pernah stop buat segala kerja rumah?
Tak cukup ke???!!!

Memang...memang nabi kawin lebih dari satu and kawin lebih dari satu adalah sunnah nabi.
TAPI!!!! Big TAPI here...

Lelaki sekarang tak macam nabi
Lelaki sekarang tak jujur macam nabi
Lelaki sekarang tak bertanggungjawab macam nabi
Lelaki sekarang tak solat lima waktu (mostly)
Lelaki sekarang tak solat dan sujud setiap malam
Lelaki sekarang  tak adil dan saksama macam nabi
Lelaki sekarang penuh dengan segala kekurangan

Lelaki zaman sekarang cukup lain dengan zaman2 nabi. Kenapa mereka nak kawen lebih dari satu kalau sunnah nabi yang lain tak ikut? Kenapa sunnah nabi yang bermonopoli ni semua nak ikot?

Ohh?? Jangan bandingkan lelaki sekarang dengan nabi? Nabi itu terlalu warak takleh nak ikot? Ye memang nabi itu maksum.. tapi kenapa sunnah2 nabi yang lain tak jadi ikutan?  Tak diamalkan? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ye! Memang aku benci lelaki yang tak sedar diri nak kawen lebih dari satu tapi perangai macam TAHI! Tak kesah lah kau sedara aku ke bukan. Tak kesah lah kau saudara dekat atau pun jauh. Benci sebesar gunung merapi memang ada kat kau!Kalau yang bukan sedara lagi lah aku benci. Benci nak mampos!lelaki tak guna! Perempuan yang jadi pihak ketiga tu pun aku benci! Tak sedar diri! tak guna! dah tahu laki tu ade keluarga, lagi la nak melayan... Due due pegi mati lagi bagus! Eh emosi lak akuh. Astaghfirullah...

Mangsa nye anak-anak...anak anak yang baru nak hidup, baru nak kenal erti hidup, baru nak bergembira bersama ayah ibu... Punah segala harapan mereka untuk hidup gembira bersama sama sampai ke liang lahad.

Kau nak tau tak kenapa aku tibe2 emosi? Sedang asik aku baca buku dalam bilik sendiri, aku terdengar perbualan telefon, die kecek kelate. Ikotkan aku tak paham sangat org kecek kelate ni..tapi tibe2 aku paham pulak.. langsung aku mute kan lagu kat laptop, tapi earphone tetap kat telinga. So aku bole denga semuanya..

Lepas satu satu aku denga perbualan mereka dalam telefon...die yang merupakan seorang anak iaitu mangsa kepada ibu dan ayah nya serta perempuan yang mengganggu rumah tangga mereka.. teresak2 die menangis.. aku pun nangis jugak..kesian die... :(

No comments: