April 28, 2011

jadual waktu cuti

asslamualaikum!

bila da cuti semester ni,memang best! sebab da tak payah nak fikir2 lagi pasal belajar2 da. tapi cukup la 3minggu cuti sem, pasal nya belum 2minggu aku suda terase bosannya. pasal mak aku tak kasi aku kerja! so aku kenala kerja kat dalam rumah je. kerja2 nya macam biasa lah yang bibik selalu buat tu.

pagi2 aku bangun solat subuh, mak aku punya suara sekali sebut je aku sudah terbangun! haih!, sudah solat agak2 da pukul 7pagi tu.. baru aku tidur balik.hee duduk rumah, tidur la paling wajib! agak2 pukul 9 aku sudah bangun. aku ni jenis tak boleh tido lame2. nanti sakit2 badan. dan memang aku pelik laa.. macam mane laa... ade orang tu tidur awal, tapi bangun da nak tengah hari da.

bangun2 je aku terus basuh kain. selalu orang basuh baju terus masuk dalam machine je kan, tanpa bilas2. tapi aku dengan mak aku lain sikit. kiteorang bilas dulu.. baru masuk dalam machine. takut2 ade yang kotor2 basuh sekali dengan kotor2 dalam machine basuh tuh..




sudah basuh baju semua, baru aku kemas rumah, aku ni jenis tak boleh umah sepah2. tapi budak2 kat dalam rumah ni bukan suka nak mengemas rumah, asal aku kemas dorang sepahkan balik. hadoiiii penat aku..



sudah lepas kemas, aku pon terdengar machine da bunyi ting tong! makneya da siap la kain si mesin tu basuh, aku pon pi la ambil bakul mau sidai kain. die punye kain ko tak payah kira laa.. memang banyak nak mamm.. 6orang duduk dalam rumah, then kanak2 yang suka2 dia ja nak tuka baju. mane tak banyak.

tapi aku paling tak suka, time lipat kain, kebas bontot den! lame beno nak melipat kain yang berbakul2. akhirnya, mak aku laa yang lipat, pasal basuh, sidai kain. aku takde hal! heee.


cantik pulak aku tengok gamba ni.. aku curik kat google je.. sume gambo pon aku curik je. satu je aku tak curik! iaitu lauk masakan akuh!

da lepas siap semua tu.. barula aku ambik apron. bajet chef kan. aku pon masak laa ape yang ada, kadang2 mak aku da keluarkan bahan2 letak dalam sinki. sebab aku kan bangun lewat. kang kalau aku kuarkan dari peti beku tu, tah bile tah die ayam tu nak abis beku. haha. hari tu aku ade masak ikan merah masak 3rase, dorang kata ok la jugak aku masak.

satu lagi lauk adalah sup ayam, sup ayam ni senang je. aku tak suka masak sebenarnya, tapi kadang2 naluri perempuan tu tersentuh, sampai bile aku tak suka masak kan?? kang siape pulak nak masak kan laki ko? bibik?? ohhhh!! tak nak akuh! aku kalau boleh taknak ade bibik dalam hidup aku! menyebok je!



nilaa lauk2 yang aku masak.. da lepas masak kan. aku bungkaang pi tido. penat pulak memasak


haa.. bile petang2 pulak aku suka tengok tv3. banyak betul cite2 best. macam ayer mata, marimar. spongebob pon aku tengok jugak. da tu aku jugak tolong mak aku buat tapai. mak aku jual tapai. tapi aku paling tak suka tapai. aku penah rase sekali ke dalam seumur hidup aku. tu pon secubit je. da lepas tu aku da tak makan da.

malam pulak aku ajar budak2 ni matapelajaran math. dorang ni lemah betul math. lagi2 si ilah dengan jihah. senang pun tak reti buat. ajam ok sikit. da tu tidoo..

haa tula kerja aku mase cuti sem. rase nak balik UIA macam tak sabar2 je. macam pelik je. kalau dulu kan. malas gilaaaaa nak balik UIA. aku anggap UIA tu macam penjara. tapi tak pon. aku je yang malas nak keluar. hik2

3 comments:

Faaizz d. Zul said...

lepastu hari2 rasa sama je, ari jumaat je yg terasa lain. kan?

hani tak pergi pesta buku?

en.sani said...

dah ade blog dah budak kecik ni rupanya....

hani adzmi said...

hehe ade la sikit tmpt nk membebel sorang2 hehe