April 12, 2013

Mount Merapi

Report Merapi

Akhirnya setelah lama menanti, dapat jugak ku menjejakkan kaki ke Puncak Merapi, Pulau Jawa, Indonesia.

Perjalanan mcm biasa bermula dari UIA. Rancangan awal nak kumpul kt kl sentral jam 1030 pagi. Tp mcm biasala. ARC style, kol 12 baru semua ado. Aber, Hani, Syah, Radzmi, Takim, spider dan kak ros berkumpul kt kl sentral. Semua dah ade, terus beli tiket aerobus menuju ke lcct.

Kak lizerd terus jumpe kt airport. Salman sendirian berhad. Mattop, zati dan mak su pun terus jumpa kt airport. Kicok n the geng terbang dari kota singa ke semarang. Dijangka bertemu di Desa Selo.

mcm hantu, tepi kirii tuh


Sampai je airport. Mcm biasa kene check in. Lawak pasti ade. Nak dipendekkan cerita. Passport spider tamat tempoh pulak. Jadinya, terbantutla hasrat rakan nak ke merapimerbabu. Pikirpikir, pi renew passport keesokkan harinya dan terus terbang ke yogyakarta dgn niat jalan jalan mak limah je la.

Masuk je boarding room, flight delay setengah jam. Nak buat mcm mane. Tunggu je la. Makan donut takim seround alas perut.

Perjalanan ke yogyakarta menggambil masa selama dua jam setengah. Sampai je yogyakarta, rombongan kami disambut oleh dua anak buah dr zaid dan terus menuju ke mahallah universitas muhammadiyah.

Aby ngan kak pah dah ado kt sini. Satu malam dah depa lepak sini. Jumpe je aby mcm biasa lah. Pekakkan telinga dengar mulut die bercerita Bertajuk Satu hari pengalaman di yogyakarta.

Perut dah berkeroncong dari tadi. Terus supir bawak kami ke kedai utk makan malam. Menu istimewa sup buntot, dr zaid recommend. Dah lapo. Ape yg ade depan mata pun jadi sedap. Sup buntot pun sup bontot la. Hahaha. Power

Oh lupe, restoran ni ade live band utk hiburan pengunjung. Kami mendapat tepukan selamat datang dari pentas. "Selamat datang Malaysia" Lantas, mereka mempersilakan salah seorang dr kami naik ke pentas dan menyanyi bersama.

Secara spontan kak ros sukarela untuk ke pentas dan menghiburkan kami. Mmg power. Due lagu dinyanyinya. Salah satunya - aku cinta padamu, siti nurhaliza. Pergh. Sikit lagi je nak mcm siti. Tp malangnya. Lirik pulak tak hafal. Haha.

Usai makan, kami bergegas ke mahallah untuk jemput aby dan dr zaid terus ke desa Selo, tapak mula pendakian ke puncak merapi. Sampai di sana, kaklizerd terus book homestay sementara menunggu kicok n the geng sampai.

Jam due belas tengah malam sudah. Pukul tiga nak start jalan ke puncak merapi. Tidur tidur ayam kejap. Beberapa jam lepas tuh dah kene kejut utk memulakan perjalanan. Layankan je la.

Doa dibaca moga dipermudahkan perjalanan dan diberkati yang Esa. Amin. Cuaca tidaklah dingin sangat. Macam biasa jerh. Lepas lima minit trekking. Habis ramai ramai bukak baju sejuk masing-masing tak tertahan panasnya.

Trek yang dilalui memang best. Canak dan terus canak. Mcm takdak discount jerh. Inilah kelebihan gunung gunung indonesia yang takdak kt Malaysia. Laluan satu hala ke puncak, takdak permatang yg perlu dilalu memanjangkan lagi jarak untuk sampai ke puncak.

Ditengah perjalanan, azan subuh berkumandang. Kami berhenti sekita bagi menghormati laungan azan. Terus mencari tempat lapang dan berjemaah bersama. Acara rutin ARC yang diteruskan sejak zaman berzaman.

Pendakian diteruskan. Canak dan terus canak. Akhirnya. Kami tiba di satu kawasan lapang, mcm anak merapi la kirenya. Pemandangan 360 darjah yg begitu indah dan mengasyikkan sambil ditemani oleh sang suria yg baru bangun di ufuk timur.



-abe pro-


oh selamat pagi. oleh kerana tiada mood untuk keybod warrior tentang pengalaman di indonesia. i asked him to write it first. then the following entry will be mine. tapi bile nak menaip tu xtau bile. fyp mmg excellent sbb mematikan saraf2 ke eksaited an untuk terus berbloging dalam mase terdekat ni. i thought he would write about the "sunrise moment". tapi takde punn. ceit!. maluuuu ler tuh! heh. ha kan da jadi makjemah kat atas tuu. haha

No comments: